THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, October 15, 2009

Say NO to racism!!!

Hari ni, aku ada tetamu yang datang dari jauh. Alahai, member sekolah aku, sekarang study di India, buat Medic. Aku tanya dia, study kat sana, amacam? Dia kata, study okey, tapi hidup mungkin lagi susah dari kalau mati. Kalau musim panas, udah ler paneh, tambah beberapa degree celcius lagi, boleh rebus telur, tak payah pakai dapur. Lepas tu, selalu black-out, sebab ramai yang suka curi elektrik. Bila black out, tak der electrik untuk gerakkan pam air, jadi tak der air pulak. Tak ker parah namanye tuh?

Kami pun dok sembang sembang ler, pekene teh tarik dengan tosey kat kedai mamak belakang rumah sewa aku tuh. Dia tanya aku pasai uni aku, tak der bende pun nak cerita. Boring. Dalam facebook lagi happening. Aku tanya ler student life, social life lar.(bukan Soooo-Sial eh, tolong perbetuikan hotak tu sikit, jangan tersilap konsep). Dia kata kat kampus dia, komuniti student Malaysia kat uni dia tengah sibuk bertaki. Bertumbuk terajang pun ada. Asalnye...biasalah, orey kelatey ghorak "sebak dek tinooo". Katanye budak kedah dok meng-adjust marka kelatey....berebut dengan sorang lagi budak kelantan...lelaki lar, ni bukan cerita lesbo ler..silap address lar ko kalau ingat ni cerite lesbo. Apa lagi, satu kampung geng kelantan datang "tek sampa terebik darghoh" budok kedoh tu. Budak kedah ni pulak, berkawan dengan geng geng silat gayong patani. Singkat cerita, gaduh besar lar dia orang, cuma keris Hishamudin jer yang tak digunakan. Mujur tak der yang cedera parah atau mati. Kalau tak, sure JPA dapat tau, sangkut lar semua.

Aku heran betul lar dengan umat manusia kat Malaysia nih. Suka benar berpuak puak. Amende ke yang dapatnya pun, aku tak tau. Cuba lar kita tanya diri masing masing. Apa ker faedahnya kalau kita berpuak puak? Kalau Allah tu nakkan orang kelantan jer yang hidup kat muka bumi nih, sure Dia takkan ciptakan lembu, ayam ataupun udang. Dia cipta ikan jer supaya orang orang kelantan takkan ketandusan budu. Amendee lar...tak paham aku.,,,

Satu lagi aku tengok kat kampus tuh, orang Melayu dudok bergebang dengan Melayu, Cina dengan Cina, India jer lah pun kalau nak rotate rotate sikit. Aku heran betui ler. Kesemua ugama nih, Islam termasuk, diturunkan untuk menyatukan umat manusia tidak mengira warna kulit, budaya, status, jantina dan sebagainya. Tapi mengapa kita selalunya mempergunakan ugama masing masing, untuk memecahbelahkan umat manusia. Logik ker tak logik. Bagi aku, langsung tak masuk akai.

Tapi mak aku selalu bagi tau kat aku, "Fahim...dalam dunia ni, semua makhluk Allah diberikan otak, lembu pun ada otak. Tapi, akal cuma dibagi pada manusia. Kurang kurangnye, gunakanlah akal tu, sebagai cara nak berterimakasih kat Allah. Tapi, berapa orang yang guna akal?" Mak aku tu kaki beleter..tak abih abih mencecer jer keje dia. Tapi, kalau aku dengar betul betul tanpa prejudis, sure betul punya apa yang dia bagi tau kat aku tuh. Okaylah, aku pun dah jadi macam mak aku, membebel kat korang.

Satu jer lagi aku nak bagi tau korang semua, sebelum aku blah masuk tidor, maklumlah, membebel nih, banyak gak pakai tenaga...letih dah otak dan mulut aku nih...Ustad aku ni ler...bila aku tanya, sure dia bagi jawapan nyer....kalah "Profesor Serba Tahu" dari majalah Gila Gila yang aku cilok dari koleksi pak aku. Dia tuh, mana ada masa nak membaca dah...sibuk dok melayan bini muda..hhhmmmhhhh...

Soalan aku : Yer ker kita kena berkawan dengan orang Islam jer? Tak elok bercampur dengan orang lain? Katanya, kita kena berkawan dengan orang baik baik jer, supaya kita jadi baik. Tapi, kalau gitu, macam mana kita nak tolong mengubah orang yang jahat, kalau kita sisih diorang? (ustad aku sure boring dengan aku nyer, suka tanya soalan yang pelik pelik)

Ustad Serba Tau aku bagi aku satu ayat Quran yang menarik;

"Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal"
Al-Hujurat (49) : 13

Aku saja jer check translation dalam BI; cuba korang peratikan, dalam kurungan yang mengatakan "not that ye may despise each other" bermakna "kamu tidak saling membenci antara satu sama lain" yang mana tak tertera kat terjemahan kat atas.

"O mankind, we created you from a single (pair) of male and female and made you into nations and tribes that ye may know one another (not that ye may despise each other). Verily, the most honoured of you in the sight of God is he who is the most righteous of you" [Yusuf Ali: 49:13].

Sebab tulah aku suka selak selak Quran nih...banyak bende aku belajar. Ni kita bungkus Quran kat rumah, atau pamerkan kat atas rehal tu, buat hiasan, kita jaga Quran dengan menatang secara fizikal. Tapi aku rasalah kan, kita tak hormat Quran tu kalau kita tak baca sendiri. Kan Quran tuh kata kata dari Allah. Serupa kita buat deeek jer lah bila Allah berkata dalam bentuk penulisan tapi kita tak baca. Kalau dengan mak aku, dia bercakap aku buat deek jer, silap silap kene penamporr sampai tercampak gigi. Muda muda dah kene pakai gigi palsu. Alangkan dengan gigi kekal ni pun ngorat awek tak dapat dapat..ni kan pulak dengan gigi palsu. K lah...korang paham lah apa yang aku tolong nak sampaikan nih.. aku ngantuk nak gi tidorrr..nite semua...salam!!

9 comments:

Me said...

haha.. sy pun ada kwn yang study kat india... first2 pergi sana.. excited habis.. last2 kat sana.. merayu2 nak balik.... pelik kan? nasib sy study kat malaysia tercinta je.. hahaa

Fahimnaufal said...

tme kasih atas komen. Tapi, cik natalia ku, study kat tempat tempat macam di sana, kite belajar berdikari dan jadi lagi tough. Hidup nih, kalau nak jadi tough dan competetive, kene lah bersusah susah sikit, tul tak? Kita kat sini kene spoon feed..Nau'zubillah hi min Zaliq, klu terjadi apa apa kat Malaysia nih, klu jadi pelarian lah katakan, klu kite tough, campak kok mana pun boleh idup...lagipun, member aku tu, dia bagi tau aku, hari hari dia bergelumang dengan orang susah...jadi dia belajar perkataan "empathy"...dia memahami dan dapat menyelami betapa susahnya keadaan sesuatu kaum tuh...dan merasa sentiasa bersyukur lagi dan mendekatkan dirinya dengan Allah..kengkadang, kata kata jer tak cukup..kena melalui pengalaman baru kta blajar...mahal pengalaman tuh..tak dak dalam mana mana textbook...:)

Me said...

kat malaysia pun kite boleh dapat nilai2 suma tu.... cuma dari kita macamana cara nak dapatkan suma nilai tu.... bukan sume org kat malaysia nie spoon feed.. banyak lagi org susah kat malaysia nie.. even not malay, chinese and indian pun ada gak... cuma kita je tak nampak suma tu... pengalaman tak semestinya datang dari tempat atau negara orang cik Fahim... even our place can be the most expensive experiences.... bukannya sy cakap tempat org tak bagus, bagus... tapi kenali dulu tempat sendiri baru mengenali tempat org kan lebih besh..?.. ^^. sy pun ada cita2 nak pergi ke negara lain, tapi saya nak memahami negara kita dulu.... tak kira tempat org atau kita, sebagai manusia, GOD is the top of our list... ^^.

Fahimnaufal said...

tapi cik natalia ku, kemiskinan di malaysia ni, kemiskinan yang relatif. Oang yg dok kat rumah setinggan pun, ada tv letrik(wlpun letrik curi) ada air. Kat India pakistan tu, diorang tu kemiskinan yg mutlak. Ada yang tinggal tepi jalan. Mati bila musim sejuk sbb tak tak der perlindungan dan makanan untuk memanaskan badan mereka. Kat sana, orang dia mati tak makan. Sini, orang kita mati disebabkan dek makanan.

pernah pegi sana? saya penah gi pakistan, sebijik macam india... insaf balik sini. memang ler malaysia ni beruntung, tak der malapetaka menimpa, tak der gempa bumi dsb. Sbb tu kite kene bersyukur. klu tak tengok sendiri depan mata dan bercampur gaul dengn oang yg papa kedana nih, oang senang macam kita di malaysia nih, takkan paham punye...

lagipun cik natali ku, merantau tu suatu pengalaman yg bagus dan hanya orang merantau jer yg dapat memahami kenapa merantau tu bagus. Keselesaan nih, kengkadang tak bagus untuk membina character....susah sikit merungut. kite tak sedar ada oang lain lagi susah dari kite..betui tak?

tapi betui kata awak pasai kenali negara kite sendiri...sebab tu lah kita kene bergaul dgn kesemua bangsa...jgn dok berlingkar dgn kaum masing masing jer..tak bergaul cmna nak kenal kan..tak kenal maka tak cinta kan? tak cinta maka tak kawin kan? tak kawin tu cita lain lar kot....

Me said...

cik fahmi,

first paragraph : betul kata awk tu, kemiskinan yang ada kat malysia ni kemiskinan yang relatif, tapi ianya cuma di sesetnagh tempat jer... masyarakat hanya tengok kemiskinan yang random jer, rumah setinggan... bagi saya rumah setinggan bukanlah sesutau yg miskin. even pnghuni runah setinggan siap pasang astro plak tu kat rumah dia =.=`... saya pun pening T_T... kata rumah setinggan... tapi, cube tengok org yang duduk jauh di pendalaman, bnyk sebenarnya... apatah lagi sabah dan sarawak, berapa org yang terpaksa gadai tanah harta suma, even terpaksa berikan anak mereka sebab tak mampu nak jaga...

second para : saya pernah ikut kawan2 sukarelawan pergi ke tempat2 pendalaman yang memang agak kasihan pada pandangan saya, sedikit sebnyak, ianya menginsafi saya.. ^^. saya sendiri terfikir yang kemiskinan di malaysia ni kemiskinan yang relatif, but when i see it with myself, it`s hard for me express..

third and fourth : saya setuju! masyarkat pada masa kini asyik nak senanggggg jer.. susah sikit rungut.. susah sikit rungut.. tak selesa skit, nak masam muka.. (T_T)sigh~.. saya suka berkawan dengan pelbagai kaum... durang sume asyik tanya pasal kaum kita, saya pun apalagi...excited larh citenye... yelah... most of them tak pernah kawan dengan orang malay coz their have their own perspective`s about malay people...

hihihi...tak kenal maka tak cinta? tak cinta maka tak kawen? tak kawen maka bujang sampai ke tualah jawabnye cik fahmi.... ^_^

Fahimnaufal said...

Pertama tamanya, nama saya fahim, bukan fahmi....senaaaang jer tukor tukor name anak orang :)

Sabah dan Sarawak tu kesemuanya termasuklah dalam statistik kemiskinanan relatif cik nataliaku ooooiiiiii...

Hee...bagus lah awak buat keje keje voluntary nih...dan bergaul ngan bangsa bangsa lain...baru lar 1 Malaysia kan? Saya pun suka berkawan dgn berbagai bagai kaum. Banyak dapat blajar dgn diorang..termasuk blajr sekodeng pun ada :) Saya rasa klu natalia gi ke pakistan india, sure nangis sakan...saya pun tak tahan tengok kesusahan diorang....

Bujang sampai ke tua pun apa salahnya, kalau bahagiaaaaa...teringin gak nak ada gepren..tapi...heeeee..tak leh tak leh tak leh....kene abih study dulu...jauh lagi perjalanan nih...mujur dah ada internet...klu tak, jenuh gak naik kapalterbang gi ke cina nak tuntut ilmu tuh..:)

Me said...

(^_*)ouh,, cik fahim ea? hehe.. bukan fahmi? sorrylah cik fahim.. salah jebut... T_T

nanti kalu ada rezeki.. sampailah saya ke sana... ^_^

woo.. skodeng tu...T_T.. nanti bolehlah bubuh dalam blog awak. `cara-cara menjadi pengskodeng yang berjaya dan bergaya macam saya`... (@_@).. ngeee...

study dulu.. study..study.. jangan dok bercinta tau.. ^_^... tapi janlah pulak membujang ke tua... kahwin separuh dari agama. ^_^...

Fahimnaufal said...

Jangan risau, jodoh Allah dah ciptakan, kene usaha dan bersabor jer....:)

30:21. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa Dia menciptakan untuk kamu, daripada diri-diri kamu sendiri, teman-teman hidup, supaya kamu berehat pada mereka, dan Dia mengadakan antara kamu, cinta dan pengasihan. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan.

Me said...

nice!.. ^_^