THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, January 13, 2010

Bersatu, bukan bercerai kerana Allah....

Ngkorang tension tak pasal kes "Allah" nih? Kenapa lar bangang sangat manusia nih semua? Tak reti nak bawak berbincang ka? Ha, cuba ngkorang baca nih, 3 churches have been attacked.

Aku ulas sikit;

"Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan confirmed the attacks, saying the first attack was by motorcyclists who threw a helmet filled with flammable liquid at the Metro Tabernacle Church in Desa Melawati, causing a fire that burned books and chairs near here, at midnight. Its administrative office was gutted in the attack."


Apa ke jadah nya nih? Otak kat kepala lutut ker? Dah ler tu, buat bom malatov dengan tangan sendiri, pun tak jadi meletup!! Bengap betui ler....buat malu kaum terrorist jer..Mujur tak meletup, kalau ada kematian, lagi lah parah semua orang dibuatnya.

Aku dengar dengar ler, orang tua tua dok bincang, diorang kata in bukan masalah ugama nih....ni kerja orang politik....ada yang kata ni kerje si Back Street Boy (budak laluan jalan belakang..heh..heh..) Anwar Ibrahim, sebab nak cover dia punya kes mahkamah yang sedang bersidang. Bila kes bersidang, ramai lar orang orang barat yang berkenan nak tengok, dan tunggu masa untuk bambu negara kita...ish....kalau tengok CNN atau BBC ker, aku rasa macam nak sorok muka dalam ketiak jer..kemaluan yang besor!!!!

Apa tak nya, kalau orang luar tengok kita mengebom tempat sembahyang memasing, sure nampak macam negara terrorist nye...jadi nampaklah kerajaan kita ni zalim, orang pompuan tangkap minum arak kat hotel pun nak kene sebat...eleh...hipokrit..nak sebat, ha, sebatlah Setan...opochot..sultan...eh....mak aku maki sultan...eh...melatah lak........dok menonggang dan berjudi....ngkorang ingat Genting Highland tu, untuk apa? Orang Islam dari luar negara, termasuk negara arab, okay jer boleh masuk berjudi...ceh...hipokrit!!!


Ada plak yang kata ni keje UMNO...nak tegakkan ISA..ada ker nak sumbat penyangak penyangak "yang random" tu masuk ISA. Dah, apa gunanya ada mahkamah? Tak boleh nak handle ker, kutu kutu berahak yang bomb buatan sendiri puuuuuuun tak mampu meletup. Alahai, geli ketiak komer mendengarnye...

So, kengkawan....kita semua jangan jadi bodoh. Jangan layan orang orang politik yang hapraq tuh...

Ingatlah,

[2:114]

"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar."

Tapi Shakir, Yusuf Ali dan Pickthall menterjemahkan "masjid" sebagai "sanctuaries of Allah", bermakna, mana mana rumah Allah, tak kiralah gereja ker, masjid ker....

[2:114] "And who doth greater wrong than he who forbiddeth the approach to the sanctuaries of Allah lest His name should be mentioned therein, and striveth for their ruin. As for such, it was never meant that they should enter them except in fear. Theirs in the world is ignominy and theirs in the Hereafter is an awful doom."

Yang nih mudah sikit nak paham ;
2:114 "Who are more wicked than those who prohibit God's temples; so that His name not be mentioned in them; and they seek their destruction? It is they who should not be able to enter them except in fear; they will have humiliation in this world and in the Hereafter a painful retribution."

Dan di dalam Al Hajj ayat 39-40;

[39]
Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).
[40]
Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: “Tuhan kami ialah Allah”. Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; -"

Ya, betui ler umat Islam digalakkan melawan ketidakadilan yang berlaku terhadap mereka, tapi, tak lah sekali kali untuk MEMULAKAN peperangan tak tentu pasal...

Kita mesti berlaku adil, mana boleh tunjuk lagak, semata mata kita majoriti. Tak boleh lah macam tu.. Kat Arab tu, Kristian dan Islam, tak der hal pun guna nama Allah...tak ambik pot pun.....kita kat sini jer yang bangang...

Tuhan kristian, yahudi,islam, tuhan yang sama kan? Siapa kita nak halang orang dari ugama lain, yang menyembah pada tuhan yang sama, Allah....

[Surah al-Ankabût: 46]

"Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): “Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu; dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri.”

[17:110]
"Katakanlah (wahai Muhammad): “Serulah nama ” Allah” atau nama “Ar-Rahman”, yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia”. Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.


Lagipun, kita orang Islam, janganlah nak perasan kita jer yang masuk syurga yek.....syurga pun kena share gak....

[2:62]

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita."