Ayah ku kawin lari…eh sorry, kawin lagi. Ameendeeeeeeeee lar orang tua tuh? Orang tua tua kata “rumah kata pi, kuboq kata mai”, masih lagi tak reti nak bertaubat. Ayah orang lain sibuk dok ziarah masjid, tapi ayah aku dok ziarah rumah rumah isteri isterinya. Maklumlah, kena adil. Tapi, heran jugak aku. Macamana nak adil, sedangkan dalam seminggu ada tujuh hari. Kalau dua hari rumah bini pertama, dua hari rumah bini kedua, dua hari rumah bini ketiga, kan cuma tinggal sehari jer untuk bini keempat? Tang tu je dah tak adil dah. Heeee…tak tau lah aku apa nak jadi.
Ayah aku tu, tak lah kaya sangat, ahli perniagaan. Kereta jer besar, tapi habuk pun tak dak. Bini nombor dua pun besar macam kereta dia. Auntie Nor, tulah panggilan yang kami, anak anak isteri pertama dok panggil dia. Tapi, gaji Auntie Nor pun boleh tahan besar macam kereta ayah dan juga size ehem nya. Auntie Nor nurse kat hospital swasta.
Ish…ish…ish…Auntie Nina, (nama mak tiri aku yang kedua lah) tak habih pantang lagi, ayah aku dah cari girlfriend baru. Baru jer kawin dengan Medical student tahun akhir kat uni. Ntah tang mana dia berkenan kat pak aku sampai sangkut pun, aku tak tau.
Adik beradik aku jer, takat ni, dah 10 orang. Kucing kat belakang rumah tu pun, reti bila nak berhenti membiak….apa lah ayah aku nih…bukannya reti nak duduk dengan anak anak pun. Kalau nak mintak duit sekali pun, lagi senang mintak dengan mak masing masing, kecuali auntie Nina. Dia tak bekerja, suri rumah tangga. Kalau ayah aku nak jadi papa kedana pun, haaaa…mungkin pasal dialah.
Aku tanyalah uztad kat sekolah, tentang poligami. Aku tengok relek jer al arqam dok lancarkan kempen “jom poligami”. Dia orang tu giler kot. Uztad aku pulak bagi tau aku, boleh kawin lebih dari satu, tapi kena adil. Dia kata, zaman ni pompuan lagi ramai dari lelaki. Eloklah kalau kaum wanita, terutamanya yang berkerjaya dan tak de masa untuk keluar pi dating, daripada melakukan zina, jadi isteri kedua, ketiga atau keempat. Atau nak tolong balu ataupun janda daripada merana, eloklah berpoligami. Hmmm…tapi, ayah aku tak de pun kawin janda atau balu yang ada anak. Asyik kawin dengan anak dara jer. Lagi naik nombor bini, lagi turun umur diaorang. Cerdik jugak ayah aku ni. Kawin dengan anak anak dara yang tak perlukan duit dia, kecuali auntie nina lah kot.
Tapi, aku pikir pikir laaa….kalau nak tolong balu dengan janda, takkan perlu sampai kawin. Kalau orang pompuan nak tolong orang pompuan, kene jadi lesbo ker? Apa salahnya tolong ikhlas jer. Lepas tu, ustad dok kata, kadang kadang, orang lelaki kalau nakkan anak, tapi isteri pertama mandul, dia dibenarkan kawin satu lagi atas dasar untuk mendapatkan anak. Laa….buku cinta punyalah banyak dijual di pasaran, sampai tak jumpa buku buku lain kecuali buku cerita hantu. Semuanya menggalakkan kita kawin atas dasar cinta, (kadang kadang bercinta dengan hantu pun ada)….. bukan atas dasar untuk membiak. Mane satu yang betul nih?
Pikir punye pikir lagi, kan sekarang dah boleh dapat anak melalui cara saintifik…apa ke binatangnye namanye tuh, cikgu sains aku dok membebel hari tuh…haaa….IVF ( anak tabung uji lar…..kadang kadang beli satu dapat 2 free. Mak sedara aku buat IVF dapat kembar tige). Mahal? Laaaa….kawin satu lagi ingat tak mahal ker? Tak percaya korang tanyalah ayah aku……aku tengok rambut dia dah nak botak dah…tapiiiii, masih ada orang pompuan yang nak kawin dengan dia…tahun depan aku dapat mak doctor, kalau dia pass exam lah…
Aku jumpalah satu lagi Ustazah dan tanya soalan yang sama pasal poligami nih. Uztazah tu bagi tau kat aku, tentang dua ayat Al Quran.
1. Surah An Nisaa Ayat 3:
2. Surah ni lagi power bradeerrrr; Surah An Nisaa Ayat 129:
Laaa….macam nih, tak leh lar aku ikut jejak ayah aku. Baru jer niat nak pasang marka keliling pinggang. Tuhan dah kata camtu, dah, kite nak kata apa lagi. Terang terang lak tu..frust betui. Sekarang apa macam daaaa? Eh...tapi tuhan tak galakkan kawin banyak, tapi, ramai marka okay kot?
"Berkawan biar seribu, berkasih biar beratus, tapi bernikah biar satu", aku modify kit peribahasa kita orait tak?


5 comments:
:)... hidup ni susah untuk diduga.. kadang2 bukan semua yang kita tak nak terjadi akan terjadi, dan bukan semua yang kita tahu itu adalah semuanya benar, ada cerita di sebalik kejadian, ada hikmah di setiap yang terjadi...
'renung2kan dan selamat beramal...'
Sebab itulah ayat kegemaran saya;
Ar-Ra'd, Ayat 11, yang berbunyi:
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."
Mungkin kita tidak dapat mengubah dari mana asalnya kita, tapi InsyaAllah kita dapat sedikit sebanyak mengubah halatuju perjalanan demi mengubah destinasi kita melalui usaha dan doa :>
mak saya selalu pesan:
'lin.. kita hidup nie bukan setakat redha dan tawakal, tapi usaha.. usaha dan doa yang penting.. Allah s.w.t memakbulkan doa2 orang yang kuat berusaha... kalu kita susah, insyaAllah, Allah akan bantu kita...' ^^.
paaaaandai anak mak :o)
^_^.. tengoklah anak sapa?
Post a Comment