THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, October 27, 2009

Cara cara nak jadi Porche...

Mana mana aku baca analisis tentang orang kita nih,ada satu benda yang diorang sebut tu, berulang ulang. Bahawa kaum Melayu tak suka membaca. Amendeeeeeeeeeee lar susah sangat nak membaca tu? Sedangkan perkataan pertama yang Allah sebutkan ialah, "Iqraq"....takkan engkorang tak tau kot, Iqraq tu maksudnya, "Baca lah". Allah bukannya mula bicara Dia dengan kita dengan perkataan perkataan seperti, "Mapuh mu....", atau "Yo, bro"...." atau "Udah makan?", tapi perkataan yang amat penting untuk membezakan antara manusia dengan makhluk makhluk Allah yang lain...."Bacalah"...itulah perkataan yang powwwweeerrrr wa cakap luuuu...

Aku rasa lar kan, kalau engkorang kaji ayat Surah Al Baqarah Ayat 33, bilamana Allah berfirman:

"Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?"

Allah dok demonstrate kepada makhlukNya yang lain, bahawa se nya, manusia ni mempunyai aqal, dan berpotensi untuk menjadi satu makhluk yang boleh exel dari segi mindanya. Allah bagaikan bangga untuk menunjukkan kepada makhluk lain, sesungguhnya, manusia ni sebaik baik ciptaanNya. Kiranya, makhluk lain tu Proton jer, manusia ni lambogini kaaa, Porche kaaa..., ha, agak agaknya gitu lah lebih kurang.

Tapi, yang aku herannye tuh, umat Islam sekarang nih, termasuklah Melayu kita, walaupun dalam genggaman kita kitab AlQuran nih, pun kite tak heran ikut suruhan Allah, iaitu "membaca", perkataan pertama lak tuh...

Jelas sekali, Allah nak umat manusia ni evolve kepada satu makhluk yang mencapai potensi maksimanya, iaitu mempunyai daya otak yang menakjubkan...hah!! ambik kor...kire nye camni lah...kalau kite beli kereta paling canggih dalam dunia, Ferrari lah katakan, lepas tu, kita dok pi mai pi mai guna gear satu jer, gi dan balik pasar, tak ke mana pun, kalau engkorang jadi pencipta Ferrari nih, engkorang rasa frust tak? Sure frust nye, sebab kor tau kereta yang kor cipta tu boleh lari lebih dari 200km/jam, tapi......dok pi kelajuan kereta lembu jer......baik kor cipta kereta lembu terpantas di dunia jer......

Of coz lah ciri ciri kemanusiaan yang lain pun perlu ada gak, kalau semua orang jadi scientist jahat yang lebih dahsyat dari suicide bomber yang menggunakan jihad sebagai excuse untuk mencapai cita cita terselindung di sebalik mee maggee, lebih baik jadi scientist giler jer..tapi baik hati, orait apa .

Aku terbaca ayat ayat kat bawah nih...

“(Orang-orang bertaqwa adalah) orang-orang yang mengingati Allah ketika berdiri, duduk mahupun ketika berbaring serta memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata “Wahai Tuhan kami, Engkau tidak menjadikan semua ini (langit dan bumi) dengan sia-sia…” [Surah Ali Imran: 191]

“Apakah mereka tidak melihat kepada unta bagaimana ia diciptakan? (17) dan kepada langit bagaimana ianya ditinggikan? (18) dan kepada gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan? (19) dan kepada bumi, bagaimana ia dihamparkan? (20)” (Surah Al-Ghasyiyah: 17-20)

“Maka apakah mereka tidak melihat kepada langit di atas mereka, bagaimana Kami menciptakannya (meninggikannya) dan menghiasinya, sedangkan langit itu tidak mempunyai sebarang keretakan (cacat cela) sedikitpun?”
(Surah Qaf: 6)


Ni, kalau mak aku, dia cuma kata camni jer, "cuba guna kepala HOootak tu sikit boleh tak?"

Aku tak berapa nak percaya kalau orang kata baca Quran nih, kene berguru, tok leh sensorang, nanti syaitan yang mengajar. Apa engkorang ingat syaitan tu tak der kereja lain ka nak bukak klas tuition ngajar orang mengaji? Banyak lagi kerje kerje penghasutan yang perlu dilaksanakan terutama ke atas politician politician yang kian ...so-sial lah katakan....

Aku berani kata begitu disebabkan ayat nih...:

[41:3]. Sebuah Kitab yang ayat-ayatnya dijelaskan sebagai sebuah Qur'an bahasa Arab bagi kaum yang mengetahui,

Yang nih translation dalam BI...lagi precise aku rasa...

[Shakir 41:3] A Book of which the verses are made plain, an Arabic Quran for a people who know:
[Yusufali 41:3] A Book, whereof the verses are explained in detail;- a Qur'an in Arabic, for people who understand;-
[Pickthal 41:3] A Scripture whereof the verses are expounded, a Lecture in Arabic for people who have knowledge,

Nah, aku terjumpa satu lagi ayat:

“Segala sesuatu telah Kami terangkan dengan keterangan yang terperinci”. (Surah Al-Isra’:13)

Senang cerita, kalau kita tak paham "keterangan yang terperinci" tuh, maknanya kitalah yang short circuit kat mana mana dalam kepala otak nih....

Lagipun, Allah berfirman;

"...Dan bertakwalah kepada Allah, nescaya Allah akan mengajarmu dan Allah Maha Mengetahui akan segala sesuatu."
(surah al-Baqarah,ayat:282)


Tapi, kalau jam kat mana mana, Allah galakkan kita bertanya kepada orang yang lagi memahami...jangan ler pulak kalau tak tau buat senyaaaap jer....malu bertanya sesat jalan ....hmmh...padan lar pak aku asyik sesat jer....ego, tak nak tanya dengan mak aku direction ke mana mana..kalu mak kata belok kiri, sure punye dia belok kanan..macamana pompuan berkenan kat dia sampai kawin empat pun, aku tak tau.

"Maka hendaklah kamu bertanya ahli zikir (ulama) seandainya kamu tidak mengetahuinya."
(Surah al-Nahl: ayat 43)
.

So apa keistimewaannya membaca nih? (dan bila aku kata "membaca", yang nih tak termasuk buku buku kisah cinta tiga, empat segi atau percintaan dengan jin atau hantu, atau majalah gossip artist. Maksud aku, pembacaan bilamana kertas daripada buku, selepas bacaan tuh, kita tak tergamak mengelap najis menggunakan kertas kertas tersebut.). Alangkan orang buta pun, tekad tuntut ilmu melalui pembacaan Braille...kita, apa excuse nya lagi? Nah, ambik kor...

"Sesiapa yang diberikan kebijaksanaan, sesungguhnya ia diberikan kebaikan yang amat banyak.”
(al-Baqarah: 269)


Al Mujaadilah ayat 11

"Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan dari kalangan kamu beberapa darjat. Dan ingatlah Allah Maha Mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan".

“Katakanlah adakah sama orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana.” (Surah al-Zumar, ayat 9)


Nak kirakan, banyak lagi ayat yang aku nak tepek kat post nih...tapi aku kena pi study...so, korang pepandai sendiri lah pi gali Quran tu, check kot kot ada ayat ayat lain yang lagi power..Aku dah ngantuk nih...letih membebel..

Monday, October 19, 2009

Mathematic Quran...

Ada orang tanya aku, ngapa aku suka baca terjemahan Quran. Laa...sesuatu yang bagus dibagi dek tuhan kat kite, takkan kite nak buat tak tau jer. Kalah Astro ah...dalam Quran memang macam macam adaaaaaaaaaaa....Aku rasa ler...kalau nak tunjukkan kita nih hormatkan Quran tu, eloknye baca lah...kita ni bukannya terencat aqal pun, sampai tak leh nak paham inti Quran. Tuhan kan dah siap siap suruh kite ngunakan aqal kita...

"It is not for a person to acknowledge except by God's leave. He casts the affliction upon those who do not reason." (10:100) ]

atau dalam alih bahasanye..

"Tiadalah bagi sesuatu jiwa untuk mempercayai, melainkan dengan izin Allah, dan Dia meletakkan kotoran ke atas orang-orang yang tidak memahami."

Ni ha..kalau korang tak percaya, korang tengoklah sendiri video yang aku post kat bawah nih. Antara lain ia memaparkan keajaiban Quran dalam sistem penomboran. Video nih, dalam English. Kalau ngkorang tak reti bahasa Inggeris, ha, nasib lah...elok lah belajar dari sekarang janganlah nak sombong bodooo kata orang tuh. Aku dah biasa tengok geng geng "patriotik" kat kampus nih, yang menangih kat depan rak buku dekat library...kesemua reference book dalam bahasa Inggeris..hah..ambik kor....dok lah ngko dengan bahasa yang oang malaysia jer yang reti. Gi keluar negeri tengok, kalau diorang reti amendeee kite cakap...ha...sambunglah menyombong tuh...tengok lah jauh mana boleh pergi...

Check this video out!!!



Kalau post ni disedut masuk ker Facebook melalui networkedblogs dan Notebook application, haaa....pandai pandai lah korang tekan "View the Original Post" yek...

Aku bagi korang sinopsis lah yek.

Perkataan "Day" dalam keadaan singular di ulang dalam quran sebanyak 365 hari
"Days" sebanyak 30 kali
"Moon" (bulan) sebanyak 12 kali
"Punishment" (hukuman) 117 kali
"Forgiveness" (kemaafan)sebanyak dua kali ganda hukuman iaitu ...alah..korang congak ler sendiri..maleh aku....
Banyak lagi lar contoh yang ada...korang pi lah tengok video tuh....

P/S perhatikan perkataan "maaf" dua kali ganda "hukum"..pikiaq pikiaq sendiri ler yek....

Thursday, October 15, 2009

Say NO to racism!!!

Hari ni, aku ada tetamu yang datang dari jauh. Alahai, member sekolah aku, sekarang study di India, buat Medic. Aku tanya dia, study kat sana, amacam? Dia kata, study okey, tapi hidup mungkin lagi susah dari kalau mati. Kalau musim panas, udah ler paneh, tambah beberapa degree celcius lagi, boleh rebus telur, tak payah pakai dapur. Lepas tu, selalu black-out, sebab ramai yang suka curi elektrik. Bila black out, tak der electrik untuk gerakkan pam air, jadi tak der air pulak. Tak ker parah namanye tuh?

Kami pun dok sembang sembang ler, pekene teh tarik dengan tosey kat kedai mamak belakang rumah sewa aku tuh. Dia tanya aku pasai uni aku, tak der bende pun nak cerita. Boring. Dalam facebook lagi happening. Aku tanya ler student life, social life lar.(bukan Soooo-Sial eh, tolong perbetuikan hotak tu sikit, jangan tersilap konsep). Dia kata kat kampus dia, komuniti student Malaysia kat uni dia tengah sibuk bertaki. Bertumbuk terajang pun ada. Asalnye...biasalah, orey kelatey ghorak "sebak dek tinooo". Katanye budak kedah dok meng-adjust marka kelatey....berebut dengan sorang lagi budak kelantan...lelaki lar, ni bukan cerita lesbo ler..silap address lar ko kalau ingat ni cerite lesbo. Apa lagi, satu kampung geng kelantan datang "tek sampa terebik darghoh" budok kedoh tu. Budak kedah ni pulak, berkawan dengan geng geng silat gayong patani. Singkat cerita, gaduh besar lar dia orang, cuma keris Hishamudin jer yang tak digunakan. Mujur tak der yang cedera parah atau mati. Kalau tak, sure JPA dapat tau, sangkut lar semua.

Aku heran betul lar dengan umat manusia kat Malaysia nih. Suka benar berpuak puak. Amende ke yang dapatnya pun, aku tak tau. Cuba lar kita tanya diri masing masing. Apa ker faedahnya kalau kita berpuak puak? Kalau Allah tu nakkan orang kelantan jer yang hidup kat muka bumi nih, sure Dia takkan ciptakan lembu, ayam ataupun udang. Dia cipta ikan jer supaya orang orang kelantan takkan ketandusan budu. Amendee lar...tak paham aku.,,,

Satu lagi aku tengok kat kampus tuh, orang Melayu dudok bergebang dengan Melayu, Cina dengan Cina, India jer lah pun kalau nak rotate rotate sikit. Aku heran betui ler. Kesemua ugama nih, Islam termasuk, diturunkan untuk menyatukan umat manusia tidak mengira warna kulit, budaya, status, jantina dan sebagainya. Tapi mengapa kita selalunya mempergunakan ugama masing masing, untuk memecahbelahkan umat manusia. Logik ker tak logik. Bagi aku, langsung tak masuk akai.

Tapi mak aku selalu bagi tau kat aku, "Fahim...dalam dunia ni, semua makhluk Allah diberikan otak, lembu pun ada otak. Tapi, akal cuma dibagi pada manusia. Kurang kurangnye, gunakanlah akal tu, sebagai cara nak berterimakasih kat Allah. Tapi, berapa orang yang guna akal?" Mak aku tu kaki beleter..tak abih abih mencecer jer keje dia. Tapi, kalau aku dengar betul betul tanpa prejudis, sure betul punya apa yang dia bagi tau kat aku tuh. Okaylah, aku pun dah jadi macam mak aku, membebel kat korang.

Satu jer lagi aku nak bagi tau korang semua, sebelum aku blah masuk tidor, maklumlah, membebel nih, banyak gak pakai tenaga...letih dah otak dan mulut aku nih...Ustad aku ni ler...bila aku tanya, sure dia bagi jawapan nyer....kalah "Profesor Serba Tahu" dari majalah Gila Gila yang aku cilok dari koleksi pak aku. Dia tuh, mana ada masa nak membaca dah...sibuk dok melayan bini muda..hhhmmmhhhh...

Soalan aku : Yer ker kita kena berkawan dengan orang Islam jer? Tak elok bercampur dengan orang lain? Katanya, kita kena berkawan dengan orang baik baik jer, supaya kita jadi baik. Tapi, kalau gitu, macam mana kita nak tolong mengubah orang yang jahat, kalau kita sisih diorang? (ustad aku sure boring dengan aku nyer, suka tanya soalan yang pelik pelik)

Ustad Serba Tau aku bagi aku satu ayat Quran yang menarik;

"Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal"
Al-Hujurat (49) : 13

Aku saja jer check translation dalam BI; cuba korang peratikan, dalam kurungan yang mengatakan "not that ye may despise each other" bermakna "kamu tidak saling membenci antara satu sama lain" yang mana tak tertera kat terjemahan kat atas.

"O mankind, we created you from a single (pair) of male and female and made you into nations and tribes that ye may know one another (not that ye may despise each other). Verily, the most honoured of you in the sight of God is he who is the most righteous of you" [Yusuf Ali: 49:13].

Sebab tulah aku suka selak selak Quran nih...banyak bende aku belajar. Ni kita bungkus Quran kat rumah, atau pamerkan kat atas rehal tu, buat hiasan, kita jaga Quran dengan menatang secara fizikal. Tapi aku rasalah kan, kita tak hormat Quran tu kalau kita tak baca sendiri. Kan Quran tuh kata kata dari Allah. Serupa kita buat deeek jer lah bila Allah berkata dalam bentuk penulisan tapi kita tak baca. Kalau dengan mak aku, dia bercakap aku buat deek jer, silap silap kene penamporr sampai tercampak gigi. Muda muda dah kene pakai gigi palsu. Alangkan dengan gigi kekal ni pun ngorat awek tak dapat dapat..ni kan pulak dengan gigi palsu. K lah...korang paham lah apa yang aku tolong nak sampaikan nih.. aku ngantuk nak gi tidorrr..nite semua...salam!!

Monday, October 12, 2009

Jom pekena PAPADOM !!!

Wuu huuuu!!!!!! "Papadom" dah keluar kat wayang!! Hey..jgn beli CD ciplak tau...kite kena support industri tempatan kita. Kalau kita yang tak support, siapa lagi huh? Nanti, artis artis dan karyawan akan pupus sebab tak dak duit nak proceed untuk filem filem lain. Kalau ada pun, yang tak der kualiti.

Aku suka betul hasil kerja Adflin nih. Dia ni genius korang tau tak? Nah, korang bacalah link nih kat SINI . Apa yang korang tak tau mungkin, adalah fakta bahawa Adflin tu educated orangnya, bukan calang calang orang. Dia batch mate auntie aku masa di KPP (Kolej Persediaan Pelajar) ke UK untuk further studies. Aku tak ingat auntie aku bagi tau aku kursus apa dia buat. Tak silap aku, accounting kot. Orang orang camni lah yang kita perlukan untuk menghiasi seni tanah air...supaya boleh bantu mempertingkatkan mentaliti rakyat Malaysia yang kian lama kian berkarat, tak selaras dengan pembangunan material. Jangan tunggu dah mati macam P. Ramlee, baru nak bagi Tan Sri. Kat liang lahat tuh, tak dak gunanya kor tan sri kaaaa, datuk kaaaa, doktor kaaaa, loyar buruk kaaa.... Cey, ceramah plak aku pagi nih. Bukan dapat komisyen pun. Habuk pun tadak. Filem kegemaran aku ; "Baik Punya Cilok". Best giler.... Menang "Best Original Story" kalau tak silap aku..korang pi check sendiri lah..letih aku...

Nah, aku bagi sinopsis aku cilok dari facebook Papadom;

"Official launch date was 08th October 2009. Filem in dah menang Best Original Story, Best Actress, Best Actor and Best Film at the 22nd Malaysian Film Festival 2009! Thanks

Papadom is the story of Saadom (Afdlin Shauki) who dedicates himself to providing for his wife Munirah (Noor Khiriah) and 8-year old daughter Mia (Mia Sara Shauki). Unfortunately, he doesn't realise that his hard work is actually taking him away from his family, much to the sadness and anger of Munirah.
When tragedy occurs, Dom realises his mistake and changes his ways. But things get complicated when a grown-up Mia (Liyana Jasmay) wants to leave the household and find her independence at university away from home.
Dom has to undergo a difficult process of letting go, one of the hardest things about Papadom."

Takkan korang tak tau bahasa Inggeris kot? Rugiiiiii..rugiiiii kalau tak tau BI. Sekarang ni, BI adalah gateway to knowledge, kita suka ker tak suka ker, inilah realitinya. Nak eksyen dgn BM boleh, tapi, lepas kita dah cekup semua pengetahuan yang ada kat dunia nih..yang kebanyakkannya di dalam bahasa Inggeris. Tak suka hakikat nih, korang pi ikut mamat yang terjun dari bangunan plaza Marsalam (MACC) tuh..Lagipun, uncle aku bagi tau aku, company yang ada kat Malaysia ni, takkan ambik orang yang tak tau berbahasa Inggeris, ini realitinya. Diorang perlu siswazah yang boleh berkomunikasi di tahap international. Korang tak suka dengar nih, lantak korang lah. Tapi, inilah hakikat dan realiti hidup. Tak nak majukan diri, keje lah gomen. Tapi ingat, Allah suruh kita majukan diri sendiri...kalau tak dapat kerja lepas graduate, tepok lah dada, tanya selera...jangan bagi tau aku, aku tak warning korang nanti...

Surah An Nisaa Ayat 79:

مَّا أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ اللّهِ وَمَا أَصَابَكَ مِن سَيِّئَةٍ فَمِن نَّفْسِكَ وَأَرْسَلْنَاكَ لِلنَّاسِ رَسُولاً وَكَفَى بِاللّهِ شَهِيدًا

"Apa saja nimat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri. Kami mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi."

atau dalam bahasa Inggerisnya;

[Yusufali 4:79] Whatever good, (O man!) happens to thee, is from Allah; but whatever evil happens to thee, is from thy (own) soul. and We have sent thee as a messenger to (instruct) mankind. And enough is Allah for a witness.

Haa....korang pikir pikir lah pasal ayat nih...apa yang Allah nak sampaikan. Jangan dok berangan pasal cinta jer...

Yang nih aku jumpa dalam internet, poster Papadom yang bukan official....


Jom kita ramai ramai pergi menonton cerita Papadom!!!!! Support Industri perfileman kita!!!

Saturday, October 10, 2009

Ayahku Kawin Lagi..

Ayah ku kawin lari…eh sorry, kawin lagi. Ameendeeeeeeeee lar orang tua tuh? Orang tua tua kata “rumah kata pi, kuboq kata mai”, masih lagi tak reti nak bertaubat. Ayah orang lain sibuk dok ziarah masjid, tapi ayah aku dok ziarah rumah rumah isteri isterinya. Maklumlah, kena adil. Tapi, heran jugak aku. Macamana nak adil, sedangkan dalam seminggu ada tujuh hari. Kalau dua hari rumah bini pertama, dua hari rumah bini kedua, dua hari rumah bini ketiga, kan cuma tinggal sehari jer untuk bini keempat? Tang tu je dah tak adil dah. Heeee…tak tau lah aku apa nak jadi.

Ayah aku tu, tak lah kaya sangat, ahli perniagaan. Kereta jer besar, tapi habuk pun tak dak. Bini nombor dua pun besar macam kereta dia. Auntie Nor, tulah panggilan yang kami, anak anak isteri pertama dok panggil dia. Tapi, gaji Auntie Nor pun boleh tahan besar macam kereta ayah dan juga size ehem nya. Auntie Nor nurse kat hospital swasta.

Ish…ish…ish…Auntie Nina, (nama mak tiri aku yang kedua lah) tak habih pantang lagi, ayah aku dah cari girlfriend baru. Baru jer kawin dengan Medical student tahun akhir kat uni. Ntah tang mana dia berkenan kat pak aku sampai sangkut pun, aku tak tau.

Adik beradik aku jer, takat ni, dah 10 orang. Kucing kat belakang rumah tu pun, reti bila nak berhenti membiak….apa lah ayah aku nih…bukannya reti nak duduk dengan anak anak pun. Kalau nak mintak duit sekali pun, lagi senang mintak dengan mak masing masing, kecuali auntie Nina. Dia tak bekerja, suri rumah tangga. Kalau ayah aku nak jadi papa kedana pun, haaaa…mungkin pasal dialah.

Aku tanyalah uztad kat sekolah, tentang poligami. Aku tengok relek jer al arqam dok lancarkan kempen “jom poligami”. Dia orang tu giler kot. Uztad aku pulak bagi tau aku, boleh kawin lebih dari satu, tapi kena adil. Dia kata, zaman ni pompuan lagi ramai dari lelaki. Eloklah kalau kaum wanita, terutamanya yang berkerjaya dan tak de masa untuk keluar pi dating, daripada melakukan zina, jadi isteri kedua, ketiga atau keempat. Atau nak tolong balu ataupun janda daripada merana, eloklah berpoligami. Hmmm…tapi, ayah aku tak de pun kawin janda atau balu yang ada anak. Asyik kawin dengan anak dara jer. Lagi naik nombor bini, lagi turun umur diaorang. Cerdik jugak ayah aku ni. Kawin dengan anak anak dara yang tak perlukan duit dia, kecuali auntie nina lah kot.

Tapi, aku pikir pikir laaa….kalau nak tolong balu dengan janda, takkan perlu sampai kawin. Kalau orang pompuan nak tolong orang pompuan, kene jadi lesbo ker? Apa salahnya tolong ikhlas jer. Lepas tu, ustad dok kata, kadang kadang, orang lelaki kalau nakkan anak, tapi isteri pertama mandul, dia dibenarkan kawin satu lagi atas dasar untuk mendapatkan anak. Laa….buku cinta punyalah banyak dijual di pasaran, sampai tak jumpa buku buku lain kecuali buku cerita hantu. Semuanya menggalakkan kita kawin atas dasar cinta, (kadang kadang bercinta dengan hantu pun ada)….. bukan atas dasar untuk membiak. Mane satu yang betul nih?

Pikir punye pikir lagi, kan sekarang dah boleh dapat anak melalui cara saintifik…apa ke binatangnye namanye tuh, cikgu sains aku dok membebel hari tuh…haaa….IVF ( anak tabung uji lar…..kadang kadang beli satu dapat 2 free. Mak sedara aku buat IVF dapat kembar tige). Mahal? Laaaa….kawin satu lagi ingat tak mahal ker? Tak percaya korang tanyalah ayah aku……aku tengok rambut dia dah nak botak dah…tapiiiii, masih ada orang pompuan yang nak kawin dengan dia…tahun depan aku dapat mak doctor, kalau dia pass exam lah…

Aku jumpalah satu lagi Ustazah dan tanya soalan yang sama pasal poligami nih. Uztazah tu bagi tau kat aku, tentang dua ayat Al Quran.

1. Surah An Nisaa Ayat 3:

“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu telah sedia miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.”

2. Surah ni lagi power bradeerrrr; Surah An Nisaa Ayat 129:

"Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri (mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian. "

Laaa….macam nih, tak leh lar aku ikut jejak ayah aku. Baru jer niat nak pasang marka keliling pinggang. Tuhan dah kata camtu, dah, kite nak kata apa lagi. Terang terang lak tu..frust betui. Sekarang apa macam daaaa? Eh...tapi tuhan tak galakkan kawin banyak, tapi, ramai marka okay kot?
"Berkawan biar seribu, berkasih biar beratus, tapi bernikah biar satu", aku modify kit peribahasa kita orait tak?

Salam...

Nama aku, Fahim. Fahim Naufal. Panggil jer aku Fahim. Aku blogging untuk melepaskan tension kat kepala otak aku nih. Banyak sangat tanda tanya yang perlukan jawapan. Hidup ni, kalau dilahirkan ke dalam keluarga yang okay, okaylah. Kalau tak, hhmmm....silap silap boleh jadi giler.

Daripada jadi giler, baik aku tulis isi otak aku dalam blog nih. Harap harapnya, kita boleh share share lah. Mak aku selalu pesan dengan aku, sentiasa dekatkan diri pada Allah. Apa apa masalah yang dihadapi, kite mesti berusaha untuk menyelesaikannya. Allah tidak akan memberi dugaan kepada seseorang melainkan dia tahu yang orang itu boleh handle problem tu.

Surah Al-Baqarah ayat 286 :
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

Lagipun, Allah akan menolong bangsa yang menolong diri mereka sendiri.

Ar-Ra'd, Ayat 11, yang berbunyi:

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."

Mak aku selalu gertak nak cili mulut aku kalau aku kata,"apa boleh buat, sudah taqdir". Kalau tak berusaha, manakan nak harapkan taqdir jer. Kalu orang berusaha kuat untuk bunuh diri, terjun bangunan tingkat paling tinggilah katakan, takkan tak mati kot. Allah kata,"okay, usaha kuat untuk bunuh diri, permohonan approve".

Hidup ni kengkadang, leceh jugak lar...tapi kene jugak lawan balik, jangan asyik nak harapkan pertolongan orang lain jer. Kene lah berdikari kan? Lagipun, kene banyak sabor. Aku tinggalkan korang ayat ni, kao kao punye

Surah Al-Imran ayat 200 :

“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.”