THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, October 12, 2009

Jom pekena PAPADOM !!!

Wuu huuuu!!!!!! "Papadom" dah keluar kat wayang!! Hey..jgn beli CD ciplak tau...kite kena support industri tempatan kita. Kalau kita yang tak support, siapa lagi huh? Nanti, artis artis dan karyawan akan pupus sebab tak dak duit nak proceed untuk filem filem lain. Kalau ada pun, yang tak der kualiti.

Aku suka betul hasil kerja Adflin nih. Dia ni genius korang tau tak? Nah, korang bacalah link nih kat SINI . Apa yang korang tak tau mungkin, adalah fakta bahawa Adflin tu educated orangnya, bukan calang calang orang. Dia batch mate auntie aku masa di KPP (Kolej Persediaan Pelajar) ke UK untuk further studies. Aku tak ingat auntie aku bagi tau aku kursus apa dia buat. Tak silap aku, accounting kot. Orang orang camni lah yang kita perlukan untuk menghiasi seni tanah air...supaya boleh bantu mempertingkatkan mentaliti rakyat Malaysia yang kian lama kian berkarat, tak selaras dengan pembangunan material. Jangan tunggu dah mati macam P. Ramlee, baru nak bagi Tan Sri. Kat liang lahat tuh, tak dak gunanya kor tan sri kaaaa, datuk kaaaa, doktor kaaaa, loyar buruk kaaa.... Cey, ceramah plak aku pagi nih. Bukan dapat komisyen pun. Habuk pun tadak. Filem kegemaran aku ; "Baik Punya Cilok". Best giler.... Menang "Best Original Story" kalau tak silap aku..korang pi check sendiri lah..letih aku...

Nah, aku bagi sinopsis aku cilok dari facebook Papadom;

"Official launch date was 08th October 2009. Filem in dah menang Best Original Story, Best Actress, Best Actor and Best Film at the 22nd Malaysian Film Festival 2009! Thanks

Papadom is the story of Saadom (Afdlin Shauki) who dedicates himself to providing for his wife Munirah (Noor Khiriah) and 8-year old daughter Mia (Mia Sara Shauki). Unfortunately, he doesn't realise that his hard work is actually taking him away from his family, much to the sadness and anger of Munirah.
When tragedy occurs, Dom realises his mistake and changes his ways. But things get complicated when a grown-up Mia (Liyana Jasmay) wants to leave the household and find her independence at university away from home.
Dom has to undergo a difficult process of letting go, one of the hardest things about Papadom."

Takkan korang tak tau bahasa Inggeris kot? Rugiiiiii..rugiiiii kalau tak tau BI. Sekarang ni, BI adalah gateway to knowledge, kita suka ker tak suka ker, inilah realitinya. Nak eksyen dgn BM boleh, tapi, lepas kita dah cekup semua pengetahuan yang ada kat dunia nih..yang kebanyakkannya di dalam bahasa Inggeris. Tak suka hakikat nih, korang pi ikut mamat yang terjun dari bangunan plaza Marsalam (MACC) tuh..Lagipun, uncle aku bagi tau aku, company yang ada kat Malaysia ni, takkan ambik orang yang tak tau berbahasa Inggeris, ini realitinya. Diorang perlu siswazah yang boleh berkomunikasi di tahap international. Korang tak suka dengar nih, lantak korang lah. Tapi, inilah hakikat dan realiti hidup. Tak nak majukan diri, keje lah gomen. Tapi ingat, Allah suruh kita majukan diri sendiri...kalau tak dapat kerja lepas graduate, tepok lah dada, tanya selera...jangan bagi tau aku, aku tak warning korang nanti...

Surah An Nisaa Ayat 79:

مَّا أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ اللّهِ وَمَا أَصَابَكَ مِن سَيِّئَةٍ فَمِن نَّفْسِكَ وَأَرْسَلْنَاكَ لِلنَّاسِ رَسُولاً وَكَفَى بِاللّهِ شَهِيدًا

"Apa saja nimat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri. Kami mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi."

atau dalam bahasa Inggerisnya;

[Yusufali 4:79] Whatever good, (O man!) happens to thee, is from Allah; but whatever evil happens to thee, is from thy (own) soul. and We have sent thee as a messenger to (instruct) mankind. And enough is Allah for a witness.

Haa....korang pikir pikir lah pasal ayat nih...apa yang Allah nak sampaikan. Jangan dok berangan pasal cinta jer...

Yang nih aku jumpa dalam internet, poster Papadom yang bukan official....


Jom kita ramai ramai pergi menonton cerita Papadom!!!!! Support Industri perfileman kita!!!

2 comments:

Me said...

waaaaa..... yes2 dah boleh komen dah.... eheheh.....

Fahimnaufal said...

terima kasih nataliaku :>