Ngkorang tension tak pasal kes "Allah" nih? Kenapa lar bangang sangat manusia nih semua? Tak reti nak bawak berbincang ka? Ha, cuba ngkorang baca nih, 3 churches have been attacked.
Aku ulas sikit;
"Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan confirmed the attacks, saying the first attack was by motorcyclists who threw a helmet filled with flammable liquid at the Metro Tabernacle Church in Desa Melawati, causing a fire that burned books and chairs near here, at midnight. Its administrative office was gutted in the attack."
Apa ke jadah nya nih? Otak kat kepala lutut ker? Dah ler tu, buat bom malatov dengan tangan sendiri, pun tak jadi meletup!! Bengap betui ler....buat malu kaum terrorist jer..Mujur tak meletup, kalau ada kematian, lagi lah parah semua orang dibuatnya.
Aku dengar dengar ler, orang tua tua dok bincang, diorang kata in bukan masalah ugama nih....ni kerja orang politik....ada yang kata ni kerje si Back Street Boy (budak laluan jalan belakang..heh..heh..) Anwar Ibrahim, sebab nak cover dia punya kes mahkamah yang sedang bersidang. Bila kes bersidang, ramai lar orang orang barat yang berkenan nak tengok, dan tunggu masa untuk bambu negara kita...ish....kalau tengok CNN atau BBC ker, aku rasa macam nak sorok muka dalam ketiak jer..kemaluan yang besor!!!!
Apa tak nya, kalau orang luar tengok kita mengebom tempat sembahyang memasing, sure nampak macam negara terrorist nye...jadi nampaklah kerajaan kita ni zalim, orang pompuan tangkap minum arak kat hotel pun nak kene sebat...eleh...hipokrit..nak sebat, ha, sebatlah Setan...opochot..sultan...eh....mak aku maki sultan...eh...melatah lak........dok menonggang dan berjudi....ngkorang ingat Genting Highland tu, untuk apa? Orang Islam dari luar negara, termasuk negara arab, okay jer boleh masuk berjudi...ceh...hipokrit!!!
Ada plak yang kata ni keje UMNO...nak tegakkan ISA..ada ker nak sumbat penyangak penyangak "yang random" tu masuk ISA. Dah, apa gunanya ada mahkamah? Tak boleh nak handle ker, kutu kutu berahak yang bomb buatan sendiri puuuuuuun tak mampu meletup. Alahai, geli ketiak komer mendengarnye...
So, kengkawan....kita semua jangan jadi bodoh. Jangan layan orang orang politik yang hapraq tuh...
Ingatlah,
[2:114]
Tapi Shakir, Yusuf Ali dan Pickthall menterjemahkan "masjid" sebagai "sanctuaries of Allah", bermakna, mana mana rumah Allah, tak kiralah gereja ker, masjid ker....
Yang nih mudah sikit nak paham ;
Dan di dalam Al Hajj ayat 39-40;
Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).
[40]
Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: “Tuhan kami ialah Allah”. Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; -"
Ya, betui ler umat Islam digalakkan melawan ketidakadilan yang berlaku terhadap mereka, tapi, tak lah sekali kali untuk MEMULAKAN peperangan tak tentu pasal...
Kita mesti berlaku adil, mana boleh tunjuk lagak, semata mata kita majoriti. Tak boleh lah macam tu.. Kat Arab tu, Kristian dan Islam, tak der hal pun guna nama Allah...tak ambik pot pun.....kita kat sini jer yang bangang...
Tuhan kristian, yahudi,islam, tuhan yang sama kan? Siapa kita nak halang orang dari ugama lain, yang menyembah pada tuhan yang sama, Allah....
[17:110]
Lagipun, kita orang Islam, janganlah nak perasan kita jer yang masuk syurga yek.....syurga pun kena share gak....
[2:62]

